Industri pelancongan sudah pastinya pantas mengadoptasikan segmen ekopelancongan menerusi pemasaran pelbagai produk demi menarik minat para pelancong.
Tourist Industry Association of America (TIAA) dan World Tourism Organisation (WTO), menerusi kajiannya telah mendapati bahawa 83 peratus dari pelancong atau pengembara antarabangsa telah menyokong green travel dan mereka juga turut mengadoptasi environmentalisma.
Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Pembangunan dan Alam Sekitar (UNCED), pada Sidang Kemuncak Bumi di Rio Jeneiro, Brazil (Earth/Rio Summit 1992) telah mempromosikan pembangunan pelancongan mapan serta melahirkan satu deklarasi yang penting dan terbaik, termaktub dalam Agenda 21 untuk industri kembara dan pelancongan.