Nature guide atau jurupandu alam semulajadi adalah merupakan seorang individu yang dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia di bawah Akta Pelancongan 1992 yang bertindak sebagai pemandu pelancong ke kawasan-kawasan yang telah disenaraikan di dalam Pelan Ekopelancongan (1996) dengan memberi penerangan dan informasi tentang flora dan fauna, geologi, sejarah, budaya dan unsur semulajadi lain tanpa meninggalkan kesan atau kesan negatif yang paling minima pada alam semulajadi dan penduduk tempatan serta memberikan pulangan dan peluang kepada mereka.
↧