Quantcast
Channel: ekopelancongan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

pembentukan diri dan sikap

$
0
0


Pertama sekali, secara jujurnya bertanya kepada diri anda sendiri akan satu soalan yang sangat penting iaitu,

mengapa saya mahu menjadi seorang nature guide atau pemandu pelancong alam semulajadi?

Sekiranya anda telah memutuskan serta membuat satu ketetapan untuk menjadi seorang nature guide sebagai kerjaya, maka anda mestilah bersedia dengan penampilan diri yang baik dan sikap mental yang positif.

Merupakan satu kelazimaan, orang yang berada di sekeliling anda akan melihat anda sebagaimana ketrampilan dan ekspresi anda secara luaran.

Oleh yang sedemikian, maka adalah penting untuk melakukan banyak penekanan terhadap pembentukan diri dan sikap seperti berikut:

personaliti
  • Penjagaan kebersihan diri.
  • Berpakaian mengikut kesesuaian.
  • Tingkah laku yang bersopan, berbudi bahasa serta bijak berjenaka.
  • Kebijaksanaan dalam memahami persoalan.
  • Mampu memberikan pertimbangan yang jelas.
  • Bertindak mengikut kewajaran.
  • Tingkah laku yang menyenangkan dan ceria.
  • Meyakin dalam menyampaikan sesuatu perkara.

penyampaian
  • Keyakinan serta sikap saling menghormati.
  • Kemampuan untuk bertutur secara lancar.
  • Kematangan.

artikulasi
  • Kemampuan untuk mengatur buah fikiran, pandangan serta mampu menyampaikannya.
  • Sebutan dan penggunaan tata bahasa yang tepat.
  • Penggunaan madah dan kata-kata yang tepat

pengetahuan
  • Berkemampuan untuk mengenal pasti dan penerangan produk.
  • Kedalaman pengetahuan tentang produk.
  • Kemampuan untuk menganalisa kepentingan produk untuk industri pelancongan negara.
  • Kemampuan untuk meningkatkan minat.
  • Minat atau gemar untuk berkongsi pengetahuan antara satu sama lain.
  • Kemampuan untuk memberikan contoh dan bandingan.
  • Kemampuan untuk berfikir serta memberi alasan
  • Kewajaran dan keceriaan.

Begitu jua dengan sikap mental yang betul akan menentukan hampir segala-galanya. Sikap positif anda bakal menyenangkan serta diterima oleh orang di sekeliling anda. Sikap mental yang positif hadir dengan komitmen serta memberikan pulangan faedah terhadap diri anda.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34