Quantcast
Channel: ekopelancongan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

KESEDARAN

$
0
0



Peradaban pelancongan masakini adalah di mana para pelancong lebih sedar akan nilai-nilai akan wilderness, ekosistem, ekologidan komuniti tempatan.

Kesedaran terhadap wilderness

Para pelancong masa kini lebih peka terhadap keadaan tempat kehidupan liar yang masih belum tercemar oleh manusia (wilderness) adalah kerana mereka mahukan kepuasan di kawasan yang bersifat natural history agar dapat memberikannya pengalaman dan keseronokan kepada mereka tentang kehidupan di kawasan tersebut. Di samping itu juga para pelancong gemar untuk merasai kehidupan yang adventure, mengulangi atau merintis sejarah serta merasai suasana yang romantik dan ganas. Bahkan melibatkan pelbagai aktiviti sampingan menurut minat dan kepuasan mereka..

Kesedaran terhadap ekosistem

Menurut Thoreau, ”..in the wilderness is the preservation (of the world)..”, manakala Muir pula berkata, “.. you need to go back to a natural (mountain of life)..”

Intipati daripada kata-kata mereka ini adalah lebih menekankan akan suasana yang terpelihara (intergriti) yang berperanan penting ke arah kesan kehidupan dari ekosistem yang terbentuk dari gabungan kehidupan (biotik) dan benda fizikal (abiotik).

Kesedaran terhadap ekologi

Ekologi yang merupakan rantaian atau lingkaran kehidupan (circle of life) adalah berasal dari suku kata bahasa Greek di mana oikos (eco) yang bermaksud kehidupan (life) dan logy pula bermaksud pembelajaran akan kajian alam semulajadi (study of natural sciences).

Bentuk study of life form ini menjurus ke arah pengkajian perhubungan di antara spesis dan alam persekitarannya di samping tabiaat atau peradabannya.

Kesedaran terhadap komuniti tempatan

Para pelancong kini lebih rasional terhadap para komuniti tempatan. Mereka mahukan pengalaman dan pengetahuan akan budaya dan cara hidup komuniti tersebut. Secara tidak langsung mampu memberikan faedah yang besar kepada para komuniti tempatan.

Hasil dari keputusan ini menjadikan keseluruhan industri pelancongan atau kembara menjadi ke arah yang lebih sensitif terhadap alam sekitar.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34