Quantcast
Channel: ekopelancongan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

PERANAN PEMANDU PELANCONG

$
0
0



Peranan yang dimainkan oleh seorang pemandu pelancong adalah penting. Oleh kerana sebagai seorang pereka imej, maka setiap perkataan dan perlakuan bakal mengakibatkan satu kesan yang penting. Oleh kerana itu pemandu pelancong mestilah sentiasa menitikberatkan  dan melaksanakan tugasan dengan semangat dan penuh dedikasi.

Sebagai seorang pemandu pelancong, peranannya bukan hanya memberitahu para pelawat atau pelancong ke negara ini mengenai kebudayaan, kehidupan, penduduk-penduduk pelbagai kaum, hospitaliti, makanan, amalan dan tradisi, tetapi hendaklah juga berkhidmat sebagai jambatan menjalinkan rakyat dan negara.

Pelancongan merupakan satu industri yang memerlukan penumpuan ke atas layanan orang (hospitaliti). Seorang pemandu pelancong bukan hanya memperkayakan para pelawat atau pelancong dari segi kebudayaan dan sosial, tetapi juga berupaya mempelajari nilai-nilai sosial dan budaya mereka.

Dengan cara ini, seorang pemandu pelancong boleh dibandingkan dan melihat kepada diri sendiri apakah perbezaan mereka dengan kita, apa yang mendorong dan menarik mereka. Maklumat-maklumat ini akan membantu dan memudahkan seorang pemandu pelancong untuk menyempurnakan tugasannya dengan lebih efisien.

Keterangan yang tepat dan persepsi para pelawat atau pelancong akan melahirkan satu persefahaman antarabangsa yang lebih baik dan bermakna. Dengan itu, adalah jelas bahawa melalui peranan yang ditunjukkan oleh seorang pemandu pelancong maka para pelawat atau pelancong ke negara ini akan menerima satu pengalaman yang memuaskan dan menarik.

Adalah ternyata bahawa seorang pemandu pelancong akan menambahkan keriangan dalam perjalanan atau pelawatan. Tambahan pula, fungsi-fungsi yang disempurnakan oleh seorang pemandu pelancong juga boleh membenteraskan imej-imej yang palsu dan negatif mengenai negara kita, khasnya kepada mereka yang datang daripada negera yang masih belum mengenali negara kita.

Sebagai barisan pertama adalah penting bahawa seorang pemandu pelancong mengamalkan prinsip-prinsip pemanduan yang baik dan sentiasa mengekalkan perkhidmatan yang cemerlang dalam tugasannya. Seorang pemandu pelancong hendaklah juga sentiasa mempertingkat dan mengemaskini hal ehwal semasa yang sedang berlaku dalam industri pelancongan. Seorang pemandu pelancong seharusnya tidak melihat diri sendiri sebagai seorang yang sekadar makan gaji sahaja tetapi juga sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab (good samaritan).


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34