Sebelum teknik ikhtiar hidup ini dihuraikan dengan lebih lanjut, eloklah terlebih dahulu difahami istilah ikhtiar hidup itu terlebih dahulu.
Istilah tersebut diterjemahkan daripada istilah Inggeris, survival. Mengikut kebanyakan kamus, survival ialah "the will to live, to outlive", "state of continuing to live". Berdasarkan kepada frasa-frasa demikian, maka dapatlah difahami bahawa ikhtiar hidup itu merupakan keupayaan atau situasi sesuatu itu untuk terus hidup.
Dalam konteks kegiatan rekreasi luar, ikhtiar hidup boleh diinterpretasikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman.
Di dalam konteks yang lebih luas, ikhtiar hidup itu merupakan masalah yang harus diatasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh seseorang.