Quantcast
Channel: ekopelancongan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

SEJARAH AWAL

$
0
0



Tidak dinafikan sama sekali bahawa kembara terawal adalah menjurus terhadap kunjungan ke kawasan-kawasan tanah suci yang bersifat keagamaan. Bahkan di dalam kitab-kitab suci juga disebut akan sejarah perjalanan dan lokasi-lokasi tertentu yang bermula dari peristiwa Adam diturunkan ke bumi lalu terpisah dari Hawa.

Namun sedemikian, pelancongan sebagai satu industri hanyalah bermula pada tahun 1811 di Peranchis dan Greece. Malahan dipercayai bahawa pada tahun 1130, seorang paderi berbangsa Peranchis yang bernama Aimeri De Picard adalah merupakan individu terawal menulis atau mendokumentasikan tentang garis panduan pelancongan.

Di samping kembara yang bersifat keagamaan, ekspedisi-ekspedisi yang berbentuk geografikal dan anthropologikal telah mula mendapat tempat dan saling bersaing.

Malahan apa yang paling mengejikan ialah bermulanya aktiviti yang berbentuk pengeksplotasian sumber manusia (hamba abdi) serta penaklukan dan penjajahan sesebuah negara.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34