Bermula pada abad yang ke-18 dan ke-19, industri pelancongan telah mengorak langkah ke arah pengkomersilan di mana British, Amerika dan Eropah telah mula memperkenalkan pelancongan berbentuk percutian berbayar secara besar-besaran.
Pada tahun 1841 pula, Thomas Cook menjadi pelopor kepada segmen pelancongan ekskursi (lawatan ke kawasan yang menarik sambil belajar) yang pertama menggunakan kapal stim. Sambutan yang menggalakkan ini juga telah mengilhamkan American Express untuk memperkenalkan cek kembara (travelers cheque) pada tahun 1850.
Syarikat penerbangan Pan Am pula pada tahun 1948 telah mula mengungguli pelancongan semasa di peringkat antarabangsa sehinggalah pada tahun 1970 sebelum munculnya Jumbo Jets mendominasinya.
Sehingga tahun 1980an, lebih daripada 17 peratus negara maju telah mula mengadakan lawatan ke negara-negara membangun. Ini terbukti di mana sehingga tahun 1977, jumlah pelancong di seluruh dunia telah meningkat seramai 594 juta orang dan dari situ wujud satu usaha untuk menggandakannya di antara tahun 1990 dan 2010 (WTO).
Bermula dari tahun 1990, pelancongan dan petroliam telah menjadi perdagangan terbesar di dunia. Pada tahun 1995, keuntungan dari pelancongan antarabangsa telah mencecah kepada USD3.4 trillion dan dijangka mencapai USD4.2 trillion pada tahun 2000.
Oleh yang sedemikian, maka sumber pendapatan dari industri pelancongan yang tiada titik jangkaannya itu telah menarik minat sebilangan 125 dari 170 buah negara di dunia ini sebagai ekonomi utama bagi negara-negara tersebut.